Saturday 12 December 2015

Orang bandar jadi orang kampung....

Satu lagi kenangan tercipta di bumi Kedah ini. Sudah 3 bulan 12 hari di UUM, Sintok ini dan 3 hari lepas sy ke Resort Sri Juluk,Naka di Padang Terap utk mengikuti kursus penngurusan organisasi bawah kendalian GPMS UUM yang disertai seramai 60 org gabungan antara MT dan Sekretariat GPMS serta pelajar UUM.

Hari pertama : Sampai lebih kurang pukul 3.30 petang dan diteruskan dengan pendaftaran. Kemudian diajar bermacam gaya tepukan, game dan latihan utk menyambut penceramah pd waktu malamnya. Setelah slot ceramah berakhir pada malamnya, kami dibahagi kumpulan dan dikendaki untuk memilih nama kumpulan berdasarkan kereta nasional dan kami pilih Satria Neo, logo(bendera) dan slogan. Lepas itu, diberikan hadiah yg sangat "istimewa" iaitu biskut. Biskut atau depa sebut roti dianggap sebagai hati yang perlu kami jaga, jadi kami perlu elakkan roti itu dari retak atau hancur, dan saya punya secara rasmi patah pada hari terakhir.


 Hari kedua : Solat subuh berjemaah dan takirah Subuh. Selepas sarapan, LDK(Latihan Dasar Kepimpinan) dijalankan pada slot pagi dan disambung pada slot petang selepas Solat Jumaat. LDK terdiri daripada pengenalan, nilai-nilai murni, nilai-nilai negatif,perbincangan, luahan perasaan.

Jadi sy sangat syorkan tentang luahan hati ni, sbb sy sendiri, sy akan berasa lega kalau dpt ceritakan masalah kpd seseorg. Cerita shj pada sesiapa sahaja. Pasti kita ada kawan rapat, atau seseorang yg sangat dipercayai atau boleh bercerita kepada ibu bapa kita.

Hasil daripada LDK di slot petang, kami diberi tugasan untuk melakar pelan sarang labah-labah dan kemudian membuat sarang tersebut menggunakan tali untuk mengangkat seorang yg sgt kami sayang dalam kumpulan, bagi kami semua, maknanya seseorang yg sangat ringan. Kononnya, kami perlu angkat seorg ahli kumpulan kami ke bendang dlm jarak 100 m, tapi itu semua cuma pembohongan belaka. Hahaha...

Ya, bendang, selepas mengangkat seorang ahli dalam jarak yg dekat sahaja, kami terus ke bendang. 6 kumpulan dibahagi kepada 2 kumpulan besar untuk aktiviti menangkap ikan dan menanam padi dan kumpulan saya melakukan aktiviti menangkap ikan di telaga yg diberi nama Telaga Gila dan semua orang yg masuk ke dalam selut terkeluar kegilaannya. Saya dah cuba pegang ikan, tapi memang tak boleh tangkap ikan sebab kelicinan tu menggelikan, tetapi ia merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan sebab tak pernah dibuat sebelum ini. Kemudian, ada yg jumpa ular, dan kura-kura. Macam-macam kenangan.

Jangan cerita lah tahap kekotoran itu, tetapi yg bestnya, utk makan petang kami dijamu oleh org kampung dgn makanan tradisional dan disampaikan dgn sgt ringkas sekali iaitu pulut dimakan bersama ikan pekasam dan nyiur yang diletak atas daun pisang dan minuman pula air kopi. Pada mulanya, rasanya sgt aneh tapi akhirnya sy sangat menyukai makanan tersebut sekaligus merasa bangga sebab sy masih ada darah kampung.

Kenangan yang paling kelakar jugak, bila tengah sedap makan atas rumput menghadap bendang, peserta lain menahan lori yg sedang lalu, dan minta ditumpang. Malangya sya lah antara tak beruntung yg kena jalan kaki dan berkaki ayam ke resort. Pada waktu malamnya, kami bermain War Game dan kemudian tertangguh disebabkan sabotaj psukan penyerang. Maka kami dibawa trekking pada waktu malam yang mengambil masa 1 jam setengah. Kami dibawa pusing satu kampung rasanya. Satu pengalaman baru yg akan sy ingat sampai bila-bila.

Perasaan main War Game mmg seperti menghadapi komunis dan merasa bagaimana pihak askar berkhidmat untuk menjaga negara lebih2 lagi pada waktu sebelum kemerdekaan dan pd masa sekarang. Yang menariknya, kami menggunakan senjata paling berbahaya iaitu bom yg mengandungi belacan, air basuhan ikan, air sungai dan macam2 lagi lah yg mungkin diletak pihak musuh. Seperti yg dijangka, kami pasukan bertahan kalah utk mempertahankan Malaysia(bendera) drpd dirampas pasukan penyerang.

Walaupun kalah, akhirnya kami bersalaman atas kekasaran yg berlaku dan kumpulan bertahan dijamu dengan ikan tangkapan kami iaitu dibakar ketika di dalam hutan dan dicicah dengan sambal kicap. Indah sangat waktu itu kerana kita dapat rasa kedekatan apabila makan bersama. Kami tidur dalam pukul 3.30 pagi dan semua peserta perempuan tidak berjemaah Subuh cuma solat di bilik. Nasib baik tak kena denda.

Hari ketiga : Pada hari terakhir, selepas tazkirah Subuh, sarapan, Penghulu dan penghulu wati memberi ucapan. Kemudian penyampaian sijil kpd peserta. Dan penutupan oleh Penasihat GPMS UUM dan Presiden GPMS Cawangan Kedah. Sesi bersalaman dgn fasi kami dan kemudian, kami bertolak pulang dalam 12.30 tengah hari.
We are one Biggggg Familyyyyyy :)

 Ribuan terima kasih pd Kak Ezan yg sangat gila-gila dan penyayang pd kami, Ibu, Pak Man, Pak Su, Pak Tam dan semua fasilitator yg terlibat. Ada jodoh, jumpa lagi.
Saya sayang Malaysia :*

No comments:

Post a Comment