Thursday 24 December 2015

PEREMPUAN

Susahnya menjadi perempuan. Perempuan terikat dengan pelbagai pantang larang dan pemikiran stereotype. Semua ni mengikat cara perempuan mengekspresi diri mereka. Tapi kawalan itu penting supaya perempuan tidak melampaui batasan dalam mempamerkan imej wanita sebagai bersopan santun.

Antara perkara tidak bertulis yg menjadi ikutan para wanita
- Panggilan 'kak' walaupun beza umur satu hari
Keburukan : Menutup jurang utk menjadi lebih rapat. Ada satu 'gap' dimana sesuatu perkara tidak bole berlebih. Tak boleh bergurau atau layan yg lebih tua seperti kawan rapat yg lain. Rasa tanggungjawab utk hormat 'akak' walaupun 'akak' kadang-kadang bknlah tua sgt.

Kebaikan : Mengawal adab. Melatih beradab dgn yg tua dari segala aspek percakapan, perbuatan dan lain-lain. Memupuk 'sisterhood'

-Ego
Org selalu fikir lelaki je ada ego, tapi sebenarnya perempuan pun ada ego. (Contoh berdasarkan kisah benar) Perempuan akan cepat terasa kalau dia rasa mcm dia diabaikan. Cth : Dia antara yg paling lambat tau tntg sesuatu plan, maka bila dah taknak buat sesuatu bnde tu, dia keras kepala, dlm masa yg sama dia mengharapkan ada yg pujuk dan dia akan fikir mcm2, seperti dia ni menyusahkan la dan macam2 lagi.
Keburukan : Mengeruhkan sesuatu hubungan
Kebaikan : Sebenarnya dia rasa, tak baik terhegeh-hegeh kalau org lain xserius nk libatkan diri kita dlm sesuatu perkara. Kalau da ajak last minute ke, faham jela, ajak2 ayam. Kalau kita ikut juga, tak ke menyusahkan je.


-Jangan buat benda seorang diri (PEMIKIRAN KOLOT NI YG PALING AKU BENCI !!!!!)
Sempitnya fikiran seseorang tu bila dia cakap "Kau makan sorang je, sedihnya..." Inilah org2 yg memusnahkan seorang wanita dan kebebasannya. Takde apa yg salah dgn seorg wanita yg makan seorang diri. Korang yg makan ramai2 nk tnjuk bahagia dikelilingi kwn, nk control ayu gak makan pe jadah. Be a REAL WOMEN. Kalau nk mkn sorang pun xmampu, malu sgt konon, kau tak cukup berdikari lagi.Knp mesti fikir, mkn sorang je, xde kawan, loner, depressed la.... Kemon la...korang ni mmg fikiran sempit, org barat lek lek je travel sorang. Ini nampak perempuan makan sorang pun da jakun. pleasee la, CHANGE YOUR MENTALITY. Kalau korang nk mkn pun nk kne jadi diri org lain, tnjuk ayu sgt, tu maknanya korang bole terima diri sendiri dan menipu diri sendiri, sbb tu lah semakin menular self-confidence dlm diri korang. Tu keburukan dia la...(kot)
Kebaikan : Boleh nikmati makan, tak perlu tergesa-gesa dgn kawan yg kalut. Takde manusia dajal yg nk komen pilihan mknn kita yg sama atau pelik. Takde lagi komen " Makan tu je,duit ko abis ke?" atau "tak bosan ke mkn tu je?" Org mcm ni mmg minta pelempang je.

 

Sunday 13 December 2015

Apa boleh jadi dalam satu hari?

Sekarang pukul 7 pagi hari Isnin. Sebelum ke kelas, sy ingin menceritakan apa yg terjadi hari semalam (Ahad). Hari semalam seperti kebiasaan tapi saya ada aura positif yg luar biasa.

Waktu pagi, lambat bangun, rasa nak sumpah seranah je, sbb tidur awal, yg tak bestnya, tertinggal Subuh. Pesanan buat semua Subuh adalah pelengkap hari kita. Saya selalu perasan, kalau saya tidak solat Subuh, hari itu mesti ada perkara tak best akan jadi sama ada hal besar atau kecil.Kelas pertama ada kuiz, habislah tak boleh jawab! Langsung tak hafal niiii! Kelas mula 8.30, sampai 8.15. Fuhhhh...nasib baik sempat, tapi dah xboleh menghafal da, redha je. Ruperrrnyaa.... senang je soalan hahahaah....serius sgt...Kemudian, rasa nak buat baik tu dtg, sy minta maaf pada pensyarah sbb final pun nk dekat. Yalah walaupun dia ada bagi tips, kalau ada mslh dgn pensyarah, tak mustahil, tiba-tiba soalan jadi lain atau ingatan kita terus luput. Mana tau kan...

Dalam bas dgn seorg kawan. Terharunya, bila dia bagi saya makanan, dan dialah antara kawan yg paling byk bgi mknn pada sy, selalunya coklat. Kali ni dia bagi coklat rice....yang agak mahal juga...bagi satu jar tu... tapi sedapppp!!! Semoga Allah murahkan rezeki dia pulak. Kemudian, saya beli makanan di kafe dan balik bilik. Terus makan dengan gaya kebuluran. Tiba-tiba saya teringat utk qada' solat, Alhamdulillah, Allah itu Maha Penyayang, memandangkan final pun dah dekat, saya diberi cuti...heehheh...terima kasih Allah, Dia sangat memahami. Saya siapkan assignment. Akhirnya saya tidur menunggu jam 12.15 utk ke kelas pada pukul 1 ptg.

Bersiap ke kelas, ada presentation. tapi ahli kurang , jdi kena tggu beberapa minit lagi. Masa ni tak rasa apa-apa dah, tak sabar nak abiskan semua tugasan. Pembentangan dimulakan dgn ucapan ketua, dan sylah org pertama. Buat rilek je, pstu tiba2 suruh kuat, slow sgt ke cakap? Gunalah mikrofon. Dah abis tu, boleh plak ketua puji..kot... steady la sy ckp...dlm hati (tang mana yg steady? tah diorg dengar ke tak pe yg aku ckp??) kemudian, mcm biasa, jadi bosan..... kitorg siap bersembang lagi kat dpn. Seorg kwn rapat sy membangkitkn tntg crush sy. Tetiba rasa rindu ): Lepas tu, terus ke kelas seterusnya. Dalam perjalanan ke kelas tu, sy minta maaf kpd kwn saya tu. I don't know what went wrong, she used to be my close pal.
Kelas terakhir, hari ni,macam biasalah PELAJAR MESTI KELUAR DARI ZON SELESA, FIKIR DILUAR KOTAK ! Itulah pesanan pensyarah, dan In Sha Allah, saya akan gunakan. Seperti dua kelas sebelumnya, kelas ni pun, saya jumpa pensyarah dan mohon maaf, padahal masih ada berbaki satu kelas lagi.

Habis kelas, sy terus ke bilik pensyarah untuk menghantar tugasan. Semasa dalam kelas, dalam kepala mmg nak pergi Changlun lepas ni. Kena balik cepat2. Masa nak naik bukit, bas tu tiba2 berhenti dan mengundur sikit. Haaaa...sudah pe dah jadi, siap menggelaah sikit. Macam2 dah fikir. Dalam perhentian terakhir utk balik ke bilik, duduk la sebelah seseorang ni. Sy dengar...."Hoi !" Saya menoleh. Laaaa...roomate sendiri. Saya hanya gelak tanpa suara dan terus diam dua-dua.... hahahah.... Terus ke bilik, basuh pakaian, gilap kasut, bersiap utk ke Changlun utk beli kasut. Semasa trun ke perhentian bas, nampak bas tu mcm nk bergerak da...habislah kena tinggal, rupenya bas tu baru sampai. Dalam bas, igt da penuh dpt juga duduk, sebelah leng zhai pulak tu (lelaki hensem-Cina). Dia sempat tidur plak, jadi sy curi2 tgk dia, mmg ke ai(comel)... tpi taklah curi ambil gambar, tak baik, langgar hak privasi.

Dah sampai, trus jumpa kasut yg diminati, beli jarum peniti. Pusing-pusing tgk2 kalau jumpa bju yg bwh Rm10. Ada jumpa satu je blouse, tpi sy yakin bdk uum byk beli dah sbb da tggl bpe helai... Pusing2 dlm cmart(dah bosan!) Keluar cmart, buat amal, menderma la kt abg tu mesti letih berdiri kat luar cmart. Abg terima je la duit sy yg sikit lgi buruk tu ye....Sy pusing lgi stgh bndr Changlun tu (atau pekan??) Jalan2 eh, jumpa Lecturer...borak2 sikit, cungkil2 rahsia...pastu sy balik. Saya pulangkan beg sbb pinjam utk kem kelmarin. Rahsia yg sy ada crush bru terbongkar...hahahha....sy tau balik2 jln ceritanya sama juugak...cinta tu takkan kesampaian, mampu tgk je.

Balik mmg dah set nk mkn lebih nasi goreng pgi tdi. Tgk2 basi ...sikit....tapi pada saya masih bole dimkn...tempe sdp betul, nasi tu da nmpk melekit, tpi peduli apa, bedal je. Nk jimat, xnak membazir katakan...(tpi sebenarnya kedekut). Lepas tu study skjp je, pastu terus tidur. Niat nk tulis blog malam semalam trus dilupakan. Dan skrg sy menaip dlm keadaan memerut sbb nasi goreng smlm...mungkin.. Oklah, dah 7.34 pagi, nk bersiap ke kelas pkul 8.30. Bunyi bas pun sudah kedengaran. Byeeeee, kta tengok hari ni jadi apa pulak...

Peace yall, and Keep Smiling and keep your Head Held High


Saturday 12 December 2015

Orang bandar jadi orang kampung....

Satu lagi kenangan tercipta di bumi Kedah ini. Sudah 3 bulan 12 hari di UUM, Sintok ini dan 3 hari lepas sy ke Resort Sri Juluk,Naka di Padang Terap utk mengikuti kursus penngurusan organisasi bawah kendalian GPMS UUM yang disertai seramai 60 org gabungan antara MT dan Sekretariat GPMS serta pelajar UUM.

Hari pertama : Sampai lebih kurang pukul 3.30 petang dan diteruskan dengan pendaftaran. Kemudian diajar bermacam gaya tepukan, game dan latihan utk menyambut penceramah pd waktu malamnya. Setelah slot ceramah berakhir pada malamnya, kami dibahagi kumpulan dan dikendaki untuk memilih nama kumpulan berdasarkan kereta nasional dan kami pilih Satria Neo, logo(bendera) dan slogan. Lepas itu, diberikan hadiah yg sangat "istimewa" iaitu biskut. Biskut atau depa sebut roti dianggap sebagai hati yang perlu kami jaga, jadi kami perlu elakkan roti itu dari retak atau hancur, dan saya punya secara rasmi patah pada hari terakhir.


 Hari kedua : Solat subuh berjemaah dan takirah Subuh. Selepas sarapan, LDK(Latihan Dasar Kepimpinan) dijalankan pada slot pagi dan disambung pada slot petang selepas Solat Jumaat. LDK terdiri daripada pengenalan, nilai-nilai murni, nilai-nilai negatif,perbincangan, luahan perasaan.

Jadi sy sangat syorkan tentang luahan hati ni, sbb sy sendiri, sy akan berasa lega kalau dpt ceritakan masalah kpd seseorg. Cerita shj pada sesiapa sahaja. Pasti kita ada kawan rapat, atau seseorang yg sangat dipercayai atau boleh bercerita kepada ibu bapa kita.

Hasil daripada LDK di slot petang, kami diberi tugasan untuk melakar pelan sarang labah-labah dan kemudian membuat sarang tersebut menggunakan tali untuk mengangkat seorang yg sgt kami sayang dalam kumpulan, bagi kami semua, maknanya seseorang yg sangat ringan. Kononnya, kami perlu angkat seorg ahli kumpulan kami ke bendang dlm jarak 100 m, tapi itu semua cuma pembohongan belaka. Hahaha...

Ya, bendang, selepas mengangkat seorang ahli dalam jarak yg dekat sahaja, kami terus ke bendang. 6 kumpulan dibahagi kepada 2 kumpulan besar untuk aktiviti menangkap ikan dan menanam padi dan kumpulan saya melakukan aktiviti menangkap ikan di telaga yg diberi nama Telaga Gila dan semua orang yg masuk ke dalam selut terkeluar kegilaannya. Saya dah cuba pegang ikan, tapi memang tak boleh tangkap ikan sebab kelicinan tu menggelikan, tetapi ia merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan sebab tak pernah dibuat sebelum ini. Kemudian, ada yg jumpa ular, dan kura-kura. Macam-macam kenangan.

Jangan cerita lah tahap kekotoran itu, tetapi yg bestnya, utk makan petang kami dijamu oleh org kampung dgn makanan tradisional dan disampaikan dgn sgt ringkas sekali iaitu pulut dimakan bersama ikan pekasam dan nyiur yang diletak atas daun pisang dan minuman pula air kopi. Pada mulanya, rasanya sgt aneh tapi akhirnya sy sangat menyukai makanan tersebut sekaligus merasa bangga sebab sy masih ada darah kampung.

Kenangan yang paling kelakar jugak, bila tengah sedap makan atas rumput menghadap bendang, peserta lain menahan lori yg sedang lalu, dan minta ditumpang. Malangya sya lah antara tak beruntung yg kena jalan kaki dan berkaki ayam ke resort. Pada waktu malamnya, kami bermain War Game dan kemudian tertangguh disebabkan sabotaj psukan penyerang. Maka kami dibawa trekking pada waktu malam yang mengambil masa 1 jam setengah. Kami dibawa pusing satu kampung rasanya. Satu pengalaman baru yg akan sy ingat sampai bila-bila.

Perasaan main War Game mmg seperti menghadapi komunis dan merasa bagaimana pihak askar berkhidmat untuk menjaga negara lebih2 lagi pada waktu sebelum kemerdekaan dan pd masa sekarang. Yang menariknya, kami menggunakan senjata paling berbahaya iaitu bom yg mengandungi belacan, air basuhan ikan, air sungai dan macam2 lagi lah yg mungkin diletak pihak musuh. Seperti yg dijangka, kami pasukan bertahan kalah utk mempertahankan Malaysia(bendera) drpd dirampas pasukan penyerang.

Walaupun kalah, akhirnya kami bersalaman atas kekasaran yg berlaku dan kumpulan bertahan dijamu dengan ikan tangkapan kami iaitu dibakar ketika di dalam hutan dan dicicah dengan sambal kicap. Indah sangat waktu itu kerana kita dapat rasa kedekatan apabila makan bersama. Kami tidur dalam pukul 3.30 pagi dan semua peserta perempuan tidak berjemaah Subuh cuma solat di bilik. Nasib baik tak kena denda.

Hari ketiga : Pada hari terakhir, selepas tazkirah Subuh, sarapan, Penghulu dan penghulu wati memberi ucapan. Kemudian penyampaian sijil kpd peserta. Dan penutupan oleh Penasihat GPMS UUM dan Presiden GPMS Cawangan Kedah. Sesi bersalaman dgn fasi kami dan kemudian, kami bertolak pulang dalam 12.30 tengah hari.
We are one Biggggg Familyyyyyy :)

 Ribuan terima kasih pd Kak Ezan yg sangat gila-gila dan penyayang pd kami, Ibu, Pak Man, Pak Su, Pak Tam dan semua fasilitator yg terlibat. Ada jodoh, jumpa lagi.
Saya sayang Malaysia :*