Tuesday 19 January 2016

Waktu Krisis.

Cuti dah bermula, macam-macam dah jadi dalam masa hampir 6 bulan, perubahan diri, keluarga dan dalam kalangan rakan-rakan. Bila dah balik rumah, inilah masanya untuk menikmati masa berharga bersama keluarga dan sahabat. Tapi bila dah dewasa ni, kita mulai sedar tak semua benda kekal selamanya. Yang fizikal, apatah lagi perasaan kita.

Dan saya mula sedari, semakin kita dewasa, sahabat menjadi sedikit tetapi yg kurang itulah persahabatan yang kita akan kenang sampai bila-bila. Waktu dewasa juga menjadi sambungan fasa dari waktu remaja yang penuh dengan pergolakan, masalah, kemahuan, panas baran, mood swing dan macam-macam lagi. Kita mula mencari identiti diri.

Bagi yang memilih jalan yang direstui masyarakat, hidupnya akan baik-baik sahaja. Tiada cemuhan atau pandangan serong. Tetapi bagi yang tidak bernasib baik, terpaksalah menerima pendapat masyarakat yang tiada manfaatnya buat hidup seseorang. Tetapi kita harus faham, manusia ialah golongan haiwan yang bersosial, perhubungan dengan manusia lain sangat penting tetapi mengikut had yang tertentu.

Bagi saya sendiri, terlalu banyak impian yang ingin dikecapi, tetapi sedikit kesabaran kerana takut tidak sempat merealisasikan semua itu. Dan mungkin kerana tidak yakin akan diri, atau merasakan orang lain tidak yakin pada kita. Terlalu  banyak yang difikirkan, kadang-kadang gembira, kadang-kadang sakit hati, kadang-kadang marah, kadang-kadang takut... mungkin ini yang orang Barat katakan quater-life crisis.

Rasa kekosongan mendorong kita melihat simptom-simptom dan mungkin mengaitkan keadaan kita dengan pelbagai masalah tetapi sebenarnya mungkin kita perlu lebih banyak dekatkan diri dengan pencipta. Secara jujurnya, menjadi seorang dewasa sangat banyak cabarannya, semua orang disekeliling juga membesar dan mempunyai impian masing-masing dan cenderung untuk pergi merantau dan kita sangat takut jika dilupakan, diganti lebih-lebih lagi bagi yang sangat menghargai his/her own small circle of friends.

Saya sangat menghargai kawan-kawan saya, saya sangat sayang yang rapat dengan saya, sebab saya susah untuk buat kawan, jadi saya sangat takut dilupakan kerana dimana lagi tempat yang boleh saya mengadu? Bagi seorang remaja yang baru sahaja menjadi dewasa, kadang kala perlu pilihan selain ibu bapa iaitu seseorang yang mungkin melalui perkara yang sama dan sebaya. Oleh itu, saya sangat simpati bagi yang tiada "bestie".

Walaupun saya agak keseorangan di universiti, tetapi saya tetap bersyukur saya masih ada beberapa sahabat baik yang sudi mendengar masalah saya, tetapi saya faham mereka pun ada kehidupan masing-masing dan satu realiti yang harus saya terima lambat laun iaitu mereka termasuklah saya akan membina keluarga dan berkemungkinan tinggal berjauhan antara satu sama lain. Itulah pesanan yang semua orang harus ingat sebaik sahaja zaman sekolah menengah berakhir.

Saya tidak akan senang-senang lupakan kawan-kawan saya, saya seorang yang sangat menghargai kawan-kawan sebagai sebahagian daripada sumber kebahagiaan diri kita dan saya dah boleh menerima semua kekurangan mereka sampai saya dah tak boleh mendapatkan kawan rapat yang baru. Mungkin itu yang terbaik, agar saya tidak mengalami kehilangan yang berulang kali.

Kepada semua sahabat saya Syalini, Faraheem, Tikah, Dini, Fatima, Ain, Nurul, Imi, Dayah, Syida, semua pelajar 6AA3(SMKM), walaupun dimana korang berada, semoga sentiasa bahagia dan In Sha Allah berada dalam keredhaanya dan satu je saya minta, supaya korang tak lupakan aku ;')