Monday 30 November 2015

Kebahagiaan dan Cinta

Rasanya nukilan sy sebelumnya sgt tegang, serius je, hari ni, saya curi sedikit masa dari kesibukan menghafal utk kuiz dgn menulis tentang cinntaaaa... Ahh, memikirkannya saja sudah mengukir senyuman pd kita.
Di kesempatan ini, sy ingin mendedikasikan tulisan ini buat seseorang yg istimewa, yg sentiasa dlm hati dan fikiran saya dan sy tahu, sy tak mungkin memiliki dia...Hurmmmm...
Bagi saya, kebahagiaan itu cinta dan cinta adalah sebahagian drpd kebahagiaan. Kebahagiaan juga boleh diperolehi melalui kejayaan, kesenangan, hubungan baik dengan keluarga, gelak ketawa dgn kawan rapat dan tentu sekali jatuh cinta.
Kehebatan cinta sebenarnya boleh menghapuskan perang, jika kita menyintai sesama manusia tanpa diskriminasi, tetapi perasaan cinta antara dua individu sgt ajaib, perasaan itu tak akan muncul pd setiap org yang dijumpai, tapi bila berjumpa org yang sesuai , susah utk dibuang perasaan itu.
Fikiran sy masih dihuni oleh seorang insan yang sgt istimewa dan hebat, sy baru saja menghadapi perasaan ini genap 4 bulan hari ini. Inilah yg org panggil crush, dan mengikut kajian yg tidak dpt disahkan kesahihannya, crush bertahan selama 4 bulan. Kadang-kala, kalau terlalu sibuk, mmg saya rasa sia-sia menunggu sesuatu yg pasti, tapi bila kerinduan itu melanda, tiada siapa yg tahu betapa sakitnya menanggung semua ini.

Knowing that you can't have someone, but yet still loves him and hoping you have a chance with him.

Hebatnya kita yg beragama Islam ini, kita sentiasa mempunyai harapan, iaitu berharap dan bergantung kepada Allah sama ada bersama dengan org yg kita sukai atau mendapatkan org lain yang lebih baik. Walaupun ada masa, kita seperti berputus asa dgn doa dan terima saja jika dia bukan untuk kita. Namun, jika dia masih menghuni hati dan fikiran, mungkinkah ada sinar harapan? Mungkinkah, Allah nak ingatkan pada sy bahawa saya perlu lebih banyak berusaha jika benar-benar mahu apa yg dimahu?
Kepada dia yang selalu di dalam mimpi saya, pertemuan kita yang singkat dan janggal itu sangat manis, dan saya berharap agar dpt diulang kembali pada masa tersebut, tapi apakan daya. Berkemungkinan awk pun dah lupakan saya, tak cam pun, dan kita dah jarang berjumpa, jadi sy harapkan yg terbaik utk awk. Org kata, kalau kita mencintai seseorang, lebih baik kita lepaskan dia.
Sekarang, sy dah belajar utk berhenti menanti, biarkan saja takdir yang menentukan, jikalau kita dipertemukan, syukur diucapkan, jika tidak, saya terima ini sebagai petanda yg awk berhak utk mendapatkan seseorang yg lebih baik.

Masih tak boleh lupakan dia. Tapi saya boleh melalui semua ini.

Sunday 29 November 2015

Di sebalik perangai judgemental

Pernahkan kita terfikir bagaimana dengan satu perkataan sahaja boleh mengubah persepsi dan perasaan kita kepada seseorang. Individu yang kita pandang tinggi dan sanjung selama ini tidak selalunya mulia dan benar dalam berkata-kata.

Orang yang selama ini kita anggap suci dengan ketulusan kata-kata itu sebenanrnya tidak kurang teruknya dengan manusia lain. Mungkin kerana kita dinamakan manusia, tiada yang sempurna, tetapi lebih hina lagi bagi yang merasakan dirinya lebih baik tetapi berjaya membutakan mata org lain dengan kata-katanya yang dianggap keramat.

Mungkin ada benarnya, kita sebagai manusia tidak akan pernah terlepas dari menilai orang lain dan bersikap judgemental dan di sebalik kata-kata sebenarnya membawa banyak maksud yang tersembunyi. Atau adakah diri kita yang terlalu sensitive, overthinking atau tidak mahu menerima pandangan orang lain.

Dalam kebencian kita dengan sikap orang lain yg agak jugdemental itu, itu bermakna kita juga telah menonjolkan sikap yang suka menilai orang lain. Tetapi persoalannya apa yang menyebabkan isu ini timbul?

Ya, seorang hamba Allah sepertinya telah mempersoalkan dan seperti menganggap jika seseorang itu hanya sering dilihat bersama individu yang sama, dia seorang yang tidak mengembangkan networking dan dalam intepretasi sesetengah akan mengubah ayat itu kepada anti-sosial atau tidak reti bergaul dengan masyarakat.

Dalam dunia ini, mustahil utk kita memuaskan hati semua org, dan saya rasakan individu yg mewujudkan kelemahan org lain hanya utk membuatkan penilai tersebut merasa lega akan diri sendiri. Salahkah kiranya saya memikirkan orang-orang ini sebenarnya pathetic. Di saat mereka katakan mereka berasa cukup dan senang akan diri sendiri tetapi mengatakan atau melakukan sesuatu yang mendedahkan kelemahan sendiri.

Kadang kala dalam hidup tidak semua perkara perlu ditonjolkan. Tidak lain hanya untuk mendapatkan perasaan kagum manusia yang lain. Tetapi keinginan manusia utk menjadi perhatian, mengetahui bahawa hal ehwal dirinya diketahui orang ramai.  Salahkah seseorang itu untuk menjalani hidup mengikut kehendaknya sendiri. Perlukah setiap perkara diterangkan kepada org yg tak mempunyai apa-apa hak dlm hidup org lain. Perlukah ditonjol kebahagian utk menunjuk kita bahagia, tunjukkan kita ramai sahabat bermaksud kita likeable, atau insan yang hebat. Adakah kebahagiaan dan kegembiraan dapat ditonjolkan dengan kuantiti?

Terima kasih kepada individu yang tertentu dan terima kasih kepada Allah yang telah mempertemukan sy dengan org sedemikian kerana tanpa mereka tidaklah sayatahu erti hidup, tentang betapa kejamnya hidup ini, betapa mudahnya kebahagiaan dirobek kerana manusia dan menunjukkan bahawa kita semua manusia dan tidak sempurna.



* You didn't know me, you didn't know my story, you didn't know what I've been through, you DIDN'T KNOW HOW HARD I TRY TO FIT IN AND IMPROVE MYSELF. DON'T SIMPLY SAY OR DARE SAY BE BETTER THAN WHAT I AM NOW. IT'S MY RIGHTS TO BE WHOEVER I WANT THAT IS COMFORTABLE WITH MYSELF. I don't need your opinion TO MAKE ME HATE MYSELF. Seriously I need no one to tell me HOW PERFECT YOUR LIFE ARE. I just want to love my own life and myself. So butt out !

Friday 27 November 2015

KEHIDUPAN DI UNIVERSITI

Assalamualaikum...
 Sama seperti apa yg saya telah nyatakan di FB saya, mungkin atas dasar tak puas hati, walaupun pembaca tak ambil peduli, sekurang-kurangnya, saya bercerita kepada dua tiga orang yang memahami. Baru 2 bulan lebih di IPTA, saya rasakan secara keseluruhan kehidupan di universiti sangat mencabar dan ada kelebihan dan kelemahannya. Saya tidak berniat untuk mengatakan kehidupan di sini teruk, mungkin saya masih mengalami culture shock dan masih tidak terbiasa jadi saya akan katakan kehidupan di sini teruk.
Baik, prinsip sy ialah sy memang tidak suka persaingan tapi itulah yang mendorong saya untuk menjadi lebih baik. Menjadi mahasiswi sememangnya mengajarkan saya supaya lebih berdikari, jangan malu tak bertempat, jangan malu, jangan terhimpit dengan perspektif yang kita dinilai atau cacat di mata orang lain : hanya diri kita yang mengerti siapa kita. Lebih berani, lantang bersuara, menjadi lebih dewasa : kita patut tinggalkan amalan cakap belakang. Saya lebih pandai menilai orang ; siapa yang ikhlas berkawan, siapa yang mempunyai masalah contohnya sentiasa mahukan perhatian, which is really pathetic. Dan yang paling penting, saya belajar untuk menerima, meyayangi diri sendiri dan bergantung harap kepada Allah kerana apabila kita merasa keseorangan kerana perbuatan manusia, itulah cara Allah untuk menegur kita supaya kembali dekat dengannya. Saya sudah membuat Allah tertunggu-tunggu kita untuk berinteraksi denganNya. Allah! berdosanya aku....

Sudah tentulah isu terbesar saya disini ialah bagaimana saya menghadapi "kawan-kawan" yang kononnya dianggap benar itu sebenarnya sandiwara sahaja dan saya sedar setelah melangkah keluar dari pangkuan ibu bapa, saya bersendirian dan saya telah menjadi saksi kepada pelbagai kekejaman manusia di dunia. Adakah ada pembunuhan di universiti? Oh tidak, secara fizikalnya, tetapi setiap orang mesti pernah merasai dibunuh emosinya, dipijak maruah dan harga diri. Itulah perkara yang paling kejam sekali dan sesetengah orang melaluinya berkali-kali. Kejamnya manusia terhadap manusia yang lain.

Saya masih tidak pasti apa perubahan yang boleh saya buat, saya masih mentah barangkali atau sangat manja. Mungkin saya tidak mampu hadapi ini semua atas alasan masih tidak dapt menyesuaikan diri lagi. Alasan. Saya tidak mahu mencipta lebih banyak alasan. Cukuplah bangsa ini dilabel malas, miskin, rendah, kemudian masih mahu mencipta alasan dan menunding jari terhadap orang lain. Allah tidak ciptakan kita begini, tetapi Allah kurniakan kita akal. Maka marilah kita fikir apa yang terbaik untuk diri sendiri.

KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH













Assalamualaikum....

Bercakap mengenai masalah, semua orang menghadapi masalah tidak kiralah pelajar sekolah, IPT, pekerja, atau ibu bapa, semua orang menghadapi masalah pada tahap-tahap tertentu dan setiap individu mempunyai cara tertentu dalam menangani masalah mereka. Setiap orang akan berfikiran, malapetaka, ujian, penyakit adalah masalah, tetapi mereka tidak menyedari bahawa kesenangan juga merupakan satu perkara yang boleh membawa kepada masalah lain.
Masalah dan Isu merupakan dua perkara yang berbeza. Misteri, puzzle, dilema dan peluang adalah masalah dan perlu diselesaikan dengan kadar segera, manakala sesuatu isu perlu ditangani dengan lebih berhati-hati. Apa yang boleh saya simpulkan di sini ialah kebiasaannya, sesuatu isu melibatkan sesuatu perkara yang lebih besar skopnya. Masalah pula perkara biasa yang kita lalui hari-hari yang kadang-kala perlukan penyelesaian. Masalah yang dibiarkan tanpa jalan keluar akan menbawa kepada isu lain yang lebih teruk.

Sifat Penyelesaian Masalah 
Sekiranya kita biasa dengan konsep, berfikir secara positif akan mewujudkan suasana yang positif. Perkara ini juga membantu individu apabila menghadapi sesuatu situasi yang sukar. Rasionalnya, apabila berfikiran positif, bukanlah masalah kita segera hilang, tetapi kita lebih berfikiran tenang dan lebih mudah dalam mencari jalan keluar. Samalah juga apabila kita dinasihati untuk menjauhi orang-orang yang mengeluarkan aura negatif, ini bermaksud kita menjauhi punca kepada masalah. Mereka yang sentiasa negatif ini akan memberi tekanan kepada orang lain dari pelbagai aspek dan itu merupakan satu masalah yang perlu kita elak.

Realitinya, kita semua mempunyai kemampuan dalam menyelesaikan masalah tetapi bergantung bagaimana kita mengawalnya. 4 ciri utama untuk menjadi penyelesai masalah yang berkesan adalah Motivasi yang kuat, Personaliti positif, Jati diri dan Membina kemahiran.  Kita perlu mempunyai azam yang kuat untuk menyelesaikan masalah, tidak mudah mengalah dan sentiasa berusaha ke arah itu. Mereka melihat masalah sesuatu yang tidak kekal dan boleh dihadapi dan menganggap masalah sebagai cara untuk menambah baik diri mereka. Penyelesai masalah tidak semestinya seorang yang cerdik dan pintar kerana ini berkait rapat dengan attitude terhadap sesuatu masalah. Yakin dengan kemampuan walaupun belum pasti apa yang hendak dilakukan. Seseorang juga akan mecuba pelbagai cara yang difikirnya boleh untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

Kategori Masalah
Seperti yang telah dibincangkan pada permulaan tadi, masalah terbahagi kepada beberapa kategori iaitu misteri,.tugasan (assignment), kesukaran, peluang, tidak pasti dan dilema. Misteri adalah sesuatu perkara yang tidak dapat dirungkai dan sering kali dikaitkan dengan konspirasi beberapa pihak. Tugasan merupakan kontrak di antara ketua dan klien dan orang yang menjalankan kerja tersebut maka sesuatu tugasan perlulak disiapkan mengikut kehendak orang atasan dan menepati ciri-ciri yang digariskan. Kesukaran terbahagi kepada subjektif dan objektif. Kesukaran objektif ialah sifat negatif atau mental blok manakala kesukaran objektif pula ialah perkara yang menghalang kemajuan individu seperti kemahiran, ilmu pengetahuan dan motivasi. Setiap masalah mempunyai tahap kesukarannya masing-masing. Peluang juga menjadi masalah apabila kita tidak tahu sama ada peluang yang datang adalah sesuatu yang baik untuk kita ambil atau tidak. Seterusnya tidak pasti (puzzles) ialah apabila kita tidak tahu mana jawapan yang betul dan salah dan kita perlu menyelesaikan kekaburan dan keadaan yang kompleks untuk mendapatkan jawapan. Akhir sekali, apabila kita berada di situasi yang sukar bagi kita untuk mencari penyelesaian dan menentukan cara terbaik untuk melakukannya bermakna kita mengalami dilema. Lazimnya, apabila berada dalam dilema, terdapat dua pilihan yang kelihatan seperti cara yang betul dan tepat. Maka, sukar untuk membuat keputusan yang betul-betul tepat.

Penyelesaian Masalah secara Saintifik dan Logik
Langkah Pertama : Mendefinisikan Masalah- Apa yang berubah yang membuat kita merasa tertekan atau tidak tenang? Apabila kita tahu masalahnya, kita boleh hapuskan puncanya.
Langkah Kedua : Pengelasan Masalah- Mengikut tahap risiko sesuatu masalah dimulai dari yang tinggi risiko hingga risiko rendah dan lebih baik mengaplikasikan mengikut kategori masalah.
Langkah Ketiga : Tentukan Objektif- Apakah objektif yang ingin dicapai? Pastikan objektif jelas, relevan dan mampu dicapai.
Langkah Keempat : Tentukan Ukuran Kejayaan- Hal ini bermakna kita perlu menetapkan standard atau piawaian untuk memberitahu diri sendiri bahawa kita perlu capai satu tahap tertentu justeru kita akan lebih jelas tentang matlamat yang ingin dicapai.
Langkah Kelima : Kutipan Data- Ini merupakan cara untuk menyelesaikan masalah secara logikal. Setiap individu yang mempunyai masalah akan meyelesaikan puncanya dan kebiasannya melibatkan bidang profesional. Segala data atau maklumat boleh diperolehi melalui pemerhatian, pengalaman dan banyak lagi sumber lain yang boleh digunapakai. Maka, amat penting untuk kita mengetahui maklumat apa yang diperlukan, prosedur yang terlibat, faktor-faktor yang boleh menerbitkan maklumat, memastikan maklumat mudah dirujuk dan mewujudkan pilihan untuk membuat keputusan berdasarkan data yang telah diperolehi. Kemudian, beberapa cadangan kepada masalah dikeluarkan untuk memudahkan proses penyelesaian dilakukan.
Langkah Keenam : Membuat Keputusan- Langkah ini hadir setelah kita menjadi jelas akan perkara-perkara yang disebutkan di atas.  Pendapat daripada orang ramai juga amat penting untuk mendapat kesepakatan dalam membuat keputusan.Walaubagaimanapun terdapat beberapa aspek lain yang perlu diambil berat sebelum membuat keputusan iaitu seperti kesan, kos dan lain-lain.
Langkah Ketujuh : Melaksanakan Keputusan yang Diambil- Tahap ini dimana kita akan melaksanakan keputusan yang kita yakini mampu menyelesaikan sesuatu perkara dengan berkesan. dalam melaksanakan keputusan kita perlu ada keyakinan, kesungguhan, teliti, kemahiran,penyesuaian dan kebolehan bekerja dalam kumpulan.

Seterusnya, berlakulah penilaian atau review yang memberi gambaran tentang hasil daripada keputusan yang diambil. Perkara yang dinilai ialah langkah-langkah yang diambil, kejayaan yang diperolehi. Kecekapan individu juga dinilai dan semua penilaian ini dilakukan untuk mengenalpasti kelemahan yang wujud.

Penyelesaian secara Saintifik.
Masalah juga boleh diselesaikan secara saintifik yang melibatkan proses empirikal induktif. Pertama, dengan mengadakan hipotesis atau hujah atau anggapan membuatkan kita berfikir dan membuat kajian untuk membuktikan suatu hipotesis itu benar atau tidak. Kedua, mengumpul maklumat amat penting untuk menyokong hipotesis. Peringkat ini membezakan kaedah saintifik dan tidak saintifik. Kaedah tidak saintifik akan dianggap benar sahaja tanpa perlu dibuktikan.Kebanyakan manusia hanya mampu berfikir secara saintifik dalam akademik tetapi tidak di dalam kehidupan mereka. Ketiga, membuat kesimpulan bermaksud keputusan hanya boleh dibuat jika ada bukti. Kesimpulan yang dilakukan secara tergesa-gesa merupakan kesalahan dalam berfikir dalam kata lain, kita cepat menghukum sesuatu sebelum mengetahui kesahihannya.

Penyelesaian secara Kreatif/Lateral
Berkemungkinan kita tidak dapat mencari penyelesaian kreatif kerana kita mempermudahkan masalah itu, tidak mahu melihat perkara disebaliknya, dan tidak menyoal semula andaian yang kita gunakan. Sehubungan dengan itu, cara baru perlu diwujudkan untuk menilai situasi tersebut.
Antara ciri-ciri untuk menyelesaikan masalah secara kreatif adalah tidak bersifat kritikal dimana tidak mementingkan sama ada hal tersebut betul atau tidak. Kemudian, tidak bersifat analitikal bermaksud hanya menilai di permukaan, tidak secara mendalam dan semata-mata untuk mencari jalan keluar sahaja. Pemikiran ini disebut sebagai parallel atau selari.Generatif dan inovatif untuk membuat perubahan tanpa terikat dengan akibat selepasnya. Dengan kata mudah, kebebasan berfikir tanpa memikirkan perkara lain yang menghalang seseorang untuk berpandangan dari sudut yang berbeza.

Kemunculan buku oleh Edward De Bono yang membincangkan tentang kaedah Enam Topi Berfikir telah menyenaraikan jenis-jenis pemikiran yang berlaku. Antaranya ialah :
Topi Hijau - Lambang kepada pemikiran kreatif dan mempunyai banyak idea dan topi ini diguna pada permulaan untuk mencari idea-idea alternatif.
Topi Kuning - Lambang pemikiran positif dan konstruktif dan berfungsi untuk melihat segi-segi faedah dan kebaikan setiap idea terutama yang mempunyai banyak kelemahan.
Topi Putih - Lambang pemikiran objektif yang dipakai untuk mencari fakta tanpa emosi dan prejudis.
Topi Hitam - Lambang pemikiran negatif dan kritikal yang mencari keburukan dan kesalahan sesuatu idea.
Topi Merah - Lambang pemikiran emotif iaitu mengambil kira perasaan dan gerak hati orang lain terhadap sesuatu idea.
Topi Biru - Lambang langit di atas dan dipakai ketua untuk mengawasi topi-topi lain bekerja.
 
Kemudiannya, penulis yang sama membincangkan pula tentang kaedah Enam Kasut Bertindak iaitu:
Kasut Formal Biru Laut- melakukan tindakan secara formal, biasa, mudah dan ringkas seperti kerja rutin.
Kasut kelabu- tindakan menyelidik, mencari bukti, maklumat dan idea baru.
Kasut perang- tindaan secara praktikal, nyata, lasak, tidak formal, fleksibel dan berkesan.
Boot oren- tindakan secara cemas, krisis, risiko, segera dan berani 
Selipar merah jambu- tindakan secara prihatin, berperikemanusiaan, kasih sayang, lemah lembut, mesra dan ikhlas.
Kasut tunggangan ungu- tindakan secara uasa, rasmi, kepimpinan dan bertanggungjawab.


Ada juga individu yang menyelesaikan masalah dengan perasaan dan mengikut ajaran Islam. Apabila sesuatu penyelesaian menemui jalan buntu, manusia cenderung untuk mengikut perasaan. Setiap individu mempunyai kebolehan tertentu dalam menggunakan perasaan mereka untuk menghadapi masalah.Individu yang pintar tidak semestinya mempunyai kebolehan dalam mengawal perasaannya. Tidak semua orang boleh bertindak secara tenang jika dihimpit dengan pelbagai tekanan, justeru penyelesaian masalah sangat berbeza mengikut individu. Kecerdasan pemikiran dan kecerdasan emosi akan memudahkan individu itu menghadapi masalahnya. Dari segi agama Islam, hukum dan pendekatan sufi menjadi panduan khususnya bagi umat Islam dalam menyelesaikan apa-apa perkara yang berbangkit. Pendekatan hukum bersifat rasional dan intelektual. Bagi hukum qat'i, iaiya tegas dan jelas dan wajib dipatuhi kecuali dengan alasan tertentu seperti darurat, cacat dan lain-lain lagi. hukum ijtihadi bersifat nasional dan berubah mengikut perubahan masa dan tempat. Hukum ini sering menjadi rujukan bagi setiap permasalahan yang timbul. Pendekatan sufi lebih kepada sifat morat dan spiritual, lembut serta lunak jika dibandingkan dengan pendekatan hukum. Menurut pendekatan ini, masalah perlu difahamkan dengan hakikat masalah, sebabnya dan kaedah penyelesaian.Perkara yang terakhir itu perlu melalui proses tazkiyyah an-nafs iaitu Pembersihan diri (takhalli) dari sifat mazmumah dan Menghias diri (tahaffi) dengan sifat mahmudah.

Secara kesimpulannya, manusia merupakan hidupan yang unik dan mempunyai banyak kelebihan dan kelemahan masing-masing dimana sifat seseorang itu boleh dilihat melalui caranya berfikir. Ketinggian ilmu seseorang juga boleh dilihat melalui pemikirannya yang lebih cenderung ke arah ilmiah dan menpunyai sifat kesederhanaan dalam apa-apa yang dilakukannya.

Saturday 14 November 2015

Inilah harinya....

Saya mulakan dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim... Akhirnya, hari ini sampai juga....iaitu hari dimana terbukanya hati ini untuk menubuhkan satu blog untuk diri sendiri walaupun dah disematkan dalam hati dari dulu bahawa saya tak akan buat blog. Sebabnya? Lack of confidence. Siapa tahu nak membuat blog pun perlukan keyakinan, yelah agaknya ada ke orang nak baca apa yg ditulis, dan apa manfaatnya... tapi tak mengapa, saya teruskan juga atas sebab mungkin saya harus beralih dari penulisan diari atau jurnal secara konvensional kepada blog.
Baiklah serba sedikit, saya anak jati Pahang, jangan ditanyalah kalau saya ni anak kacukan atau tidak walaupun nampak macam org Indonesia *mungkin* kerana kulit sawo matang yang ketara jadi saya dalam usaha untuk menjadi anak kacukan orang putih pula..harapnya tercapai. Siapa sangka sekarang saya merupakan mahasiswi Universiti Utara Malaysia di Sintok, Kedah dalam bidang Pengurusan Pelancongan. Tak pernah terlintas yg saya betul-betul jadi macam mana saya sekarang. Tapi itulah, kalau kita bersungguh, kita akan dapat.
Saya ni orangnya complicated juga, mungkin sebab saya perempuan, tapi pada asalnya saya seorang yang introvert iaitu pemalu, pendiam dan seumpamanya.Tapi sekarang rasanya dah berani sikit, yelah dah masuk U ni, dah masuk alam dewasa, terpaksa buang sikit sikap tu, jgn buang terus. Sejak dua menjak ni, sy agak sensitive in terms of saya akn cepat faham disebalik kata-kata org walaupun org tu  bermaksud apa-apa. Jadi, kena pikir panjang kalau nak ckp sesuatu tu, org ni bole fikir macam-macam. Saya ni tak suka ikut gaya orang, jadi diri sendiri walaupun aneh di mata orang. Selain itu, saya seorang yg cepat rasa kasihan terutama kepada haiwan, alam sekitar dan org yang susah, suka fikir positif, benci org yg mengeluh setiap jam dan yg asyik fikir negatif dan yg berlagak bagus. Ciri berlagak bagus ni banyak saya detect dlm kalangan perempuan tpi bila kawan lelaki sy bole terima sebagai gurauan..tak taula rasa mcm bias plak pada kaum hawa...Saya kurang kawan tapi banyak kawan baik ...yg penting kualiti, bukan kuantiti.
Itulah serba sedikit pengenalan, di kesempatan yg lain, saya mungkin akan sambung lagi ....ckp pasal diri sendiri.