Friday 27 November 2015

KEHIDUPAN DI UNIVERSITI

Assalamualaikum...
 Sama seperti apa yg saya telah nyatakan di FB saya, mungkin atas dasar tak puas hati, walaupun pembaca tak ambil peduli, sekurang-kurangnya, saya bercerita kepada dua tiga orang yang memahami. Baru 2 bulan lebih di IPTA, saya rasakan secara keseluruhan kehidupan di universiti sangat mencabar dan ada kelebihan dan kelemahannya. Saya tidak berniat untuk mengatakan kehidupan di sini teruk, mungkin saya masih mengalami culture shock dan masih tidak terbiasa jadi saya akan katakan kehidupan di sini teruk.
Baik, prinsip sy ialah sy memang tidak suka persaingan tapi itulah yang mendorong saya untuk menjadi lebih baik. Menjadi mahasiswi sememangnya mengajarkan saya supaya lebih berdikari, jangan malu tak bertempat, jangan malu, jangan terhimpit dengan perspektif yang kita dinilai atau cacat di mata orang lain : hanya diri kita yang mengerti siapa kita. Lebih berani, lantang bersuara, menjadi lebih dewasa : kita patut tinggalkan amalan cakap belakang. Saya lebih pandai menilai orang ; siapa yang ikhlas berkawan, siapa yang mempunyai masalah contohnya sentiasa mahukan perhatian, which is really pathetic. Dan yang paling penting, saya belajar untuk menerima, meyayangi diri sendiri dan bergantung harap kepada Allah kerana apabila kita merasa keseorangan kerana perbuatan manusia, itulah cara Allah untuk menegur kita supaya kembali dekat dengannya. Saya sudah membuat Allah tertunggu-tunggu kita untuk berinteraksi denganNya. Allah! berdosanya aku....

Sudah tentulah isu terbesar saya disini ialah bagaimana saya menghadapi "kawan-kawan" yang kononnya dianggap benar itu sebenarnya sandiwara sahaja dan saya sedar setelah melangkah keluar dari pangkuan ibu bapa, saya bersendirian dan saya telah menjadi saksi kepada pelbagai kekejaman manusia di dunia. Adakah ada pembunuhan di universiti? Oh tidak, secara fizikalnya, tetapi setiap orang mesti pernah merasai dibunuh emosinya, dipijak maruah dan harga diri. Itulah perkara yang paling kejam sekali dan sesetengah orang melaluinya berkali-kali. Kejamnya manusia terhadap manusia yang lain.

Saya masih tidak pasti apa perubahan yang boleh saya buat, saya masih mentah barangkali atau sangat manja. Mungkin saya tidak mampu hadapi ini semua atas alasan masih tidak dapt menyesuaikan diri lagi. Alasan. Saya tidak mahu mencipta lebih banyak alasan. Cukuplah bangsa ini dilabel malas, miskin, rendah, kemudian masih mahu mencipta alasan dan menunding jari terhadap orang lain. Allah tidak ciptakan kita begini, tetapi Allah kurniakan kita akal. Maka marilah kita fikir apa yang terbaik untuk diri sendiri.

No comments:

Post a Comment